TIPS | 8 KEBAIKAN AIR MINERAL

Bismillah.

Teks : Cik Kay


Awak? Awak tahu dak kenapa Air Mineral tu penting untuk dalaman badan kita? Tak tahu? Jom baca elmu baru. Cik Kay terlebih rajin nak kongsi dengan awak ni. Tak baca rugi tau, rugi sangat 😙 Kali ni tips special tau! Mai baca mai. Lagi banyak manfaat awak akan dapat.

So, Now ! Everyone can be Beautiful !





Air mineral atau dengan kata yang lebih mudah difahami adalah air kosong adalah amat baik untuk sistem dalaman badan kita. Ia seringkali dikaitkan dengan kesihatan, kecantikan dan juga berkaitan dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang patut kita contohi.

Berikut adalah antara kebaikan / manfaat yang kita peroleh daripada rutin minum air mineral berdasarkan sains :-


1. Menguruskan badan
👉 Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
👉 Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
👉 Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
👉 Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
👉 Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
👉 Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
👉 Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
👉 Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


Jom share elmu yang bermanfaat ni.


AKIN ASSUFI
014-2366915

"Jom Sihat & Cantik Bersama"


Previous
Next Post »

Tuan/Puan/Cik,
Selamat Datang kami ucapkan kerana sudi singgah ke blog kami.

Jemput tinggalkan komen dan pandangan kalian.
Terima kasih.

(Admin) ConversionConversion EmoticonEmoticon