Teks : Cik Kay
APA ITU SPF ?
Bagi anda yang mungkin belum mengetahui apa itu SPF, meskipun sering menggunakan produk dengan kandungan SPF, artikel ini mungkin sangat sesuai untuk anda. SPF merupakan suatu singkatan dari Sun Protection Factor. SPF merupakan suatu zat yang terkandung dalam produk perawatan kulit dan juga sun block, yang ditujukan untuk melindungi kulit dari sengatan atau tembusan sinar matahari.
*SPF 15 dapat menahan sampai 93% dari sinar UVB
*SPF 30 dapat menahan sampai 97% dari sinar UVB
*SPF 50 dapat menahan sampai 98% dari sinar UVB
Sinar UVB : adalah radiasi matahari yang panjang gelombangnya 290-320nm lebih. Boleh menyebabkan "sunburn" yang kemerahan dan juga agak sakit.
SPF adalah pengukuran penggunaan sunscreen sebelum kulit menjadi kemerahan terkena pancaran. Angka SPF boleh berkisar dari 2 hingga 100. SPF15, bererti mampu memberi pelindungan kulit selama 150 minit sebelum kulit menjadi kemerahan. Tapi jika kulit anda biasanya mengalami kemerahan setelah 10 minit berjemur sinar matahari maka dengan memakai pelindung matahari SPF15, kulit anda akan selamat 15 x 10 minit iaitu jadinya 150 minit (Tapi jikaanda menggunakan SPF 0, atau dalam erti kata lain tak guna langsung pelindung UV, faham-faham jerlah kesannya yaa.. Hehe)
Maka sekarang anda tentu sudah fahamkan angka pada SPF tu kan, jika SPF30, maka kulit anda terlindung selama 300 minit begitulah seterusnya. Lagi tinggi nilai SPF anda, lagi panjang waktu untuk ia melindungi kulit anda. Gitew 😊
Perlindungan ini juga bergantung pada jenis kulit. Jika anda berkulit putih bererti sedikit pigmennya maka lebih mudah terbakar daripada mereka yang berkulit gelap. Ini adalah kerana pada mereka yang bekulit gelap, ia bererti banyak pigmen yang melindungi dari sengatan dan tembusan dari panahan matahari.
Okay. Sekarang anda mungkin dah nampak betapa pentingnya memakai pelindung matahari kan. So, lepas ni jangan gatal-gatal missed pakai sunblock yang mempunyai SPF yang lebih tinggi.
Jom share elmu yang bermanfaat ni.
AKIN ASSUFI
014-2366915
"Jom Sihat & Cantik Bersama"
Sign up here with your email
Tuan/Puan/Cik,
Selamat Datang kami ucapkan kerana sudi singgah ke blog kami.
Jemput tinggalkan komen dan pandangan kalian.
Terima kasih.
(Admin) ConversionConversion EmoticonEmoticon