TIPS | 8 PETUA KULIT CANTIK YANG PERLU ANDA TAHU

Bismillah.

Teks : Cik Kay


Ada beberapa tips yang perlu anda tahu sebagai seorang wanita yang suka melihat wajah yang cantik dan teringin nak tahu tips atau petua kulit yang cantik. Siapa saja yang tak suka cantik kan? 👄 Jom baca beberapa tips kecantikan hasil sumbangan Tuan Tengku Asmadi.



TIPS MEMILIKI KULIT CANTIK


1. TIMUN


Timun ini bermanfaat dalam menghilangkan lingkaran hitam mata, mata bengkak, mengecilkan rongga kulit dan merawat sunburn.

👉 Cara Penggunaan : Hanya hiris nipis timun dan letakkan di atas mata. Boleh amalkan setiap hari sebelum tidur.


2. TEH HIJAU



Anda suka minum teh? Pernah cuba teh hijauSelepas anda menikmati keenakan teh hijau, jangan dibuang tau uncang teh tu. Sebab uncang teh yang dah digunakan tu ada gunanya tau untuk anda.

👉 Cara Penggunaan : Hanya letakkan uncang teh hijau di mata dan biarkan selama 15-20 minit (Jangan lah letak uncang teh panas-panas tu di mata pula. Tak pasal-pasal pula mata yang terbakar. Hihi). Dalam masa yang sama, teh hijau dapat melembabkan kulit yang kering dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata tau. Tak percaya? Jom cuba.


 3. AIR BERAS



Pernah tahu kenapa nenek kita tak buang air beras selepas membasuh beras? Ini sebab air beras kaya dengan antioksida dan melambatkan proses penuaan. Ini adalah tips kecantikan klasik geishas di Jepun pada zaman dulu.

👉 Cara Penggunaan : Ambil kapas dan rendamkan dalam air berus dan sapu kapas ke muka sebagai toner atau pelembab wajah. Itu saja. Senang kan? Nak bilas muka dengan air beras pun boleh. Simpan air beras buat stok dan boleh amalkan bila perlu.


4. KUNYIT


Petua kulit cantik bagi orang India dan Cina banyak menggunakan kunyit sebagai bahan utama. Ianya berfungsi sebagai antiseptik dan scrub muka.

👉 Cara Penggunaan : Campurkan serbuk kunyit dengan susu. Gaulkan dan sapu di bahagian muka selama 15 minit. Cuma selepas pakai tu kena sental elok-elok muka tu. Karang tak pasal-pasal terkejut abang sebab muka macam alien. Hihi


5. ARANG


Peminat kopi dan teh perlu baca betul-betul. Untuk menghilangkan kekuningan gigi amalkan mengosok gigi dengan arang.

👉 Cara Penggunaan : Caranya mudah saja. Hanya tumbuk arang dengan sedikit garam dan gosok gigi dengan jari (Jangan dimakan pula tau. Hehe). Arang tersebut akan menyerap kesan kekuningan pada gigi. Kemudian, kumur dan buang.


6. Minyak kelapa


Dulu-dulu nenek kita selalu buat minyak kelapa sendiri kan? Selain untuk memasak minyak kelapa ini sangat best untuk menghitamkan dan melebatkan rambut. Bagi anda yang mempunyai kulit kering dan gatal-gatal, minyak kelapa juga boleh digunakan.

👉 Cara Penggunaan : Hanya sapu pada rambut dan kulit yang bermasalah. Siapa yang dah memang kulit berminyak jangan nak try pula tau. Karang ada yang digelar wanita minyak hehehe.


7. OAT


Oat kaya dengan fiber dan sesuai di jadikan face mask.

👉 Cara Penggunaan : Ambil oat campur dengan madu dan kisar halus. Selepas tu letakkan dimuka selama 15 minit. Amaran: Jangan buat masa lapar nanti oat tak ada di muka, tapi ada di dalam mulut pula. Hihi)


8. LIDAH BUAYA @ ALOE VERA


Kulit berparut adalah mimpi ngeri setiap wanita. Mujurlah ada lidah buaya yang nenek kita tanam.

👉 Cara Penggunaan : Hanya potong lidah buaya dan ambil lendir dan sapukan pada parut. Amalkan setiap hari dan sehingga hilang. Murah dan sangat mudah, bukan?


Jom share elmu yang bermanfaat ni.


AKIN ASSUFI
014-2366915

"Jom Sihat & Cantik Bersama"

Previous
Next Post »

Tuan/Puan/Cik,
Selamat Datang kami ucapkan kerana sudi singgah ke blog kami.

Jemput tinggalkan komen dan pandangan kalian.
Terima kasih.

(Admin) ConversionConversion EmoticonEmoticon