Teks : Cik Kay
Tahukah anda bahawa kulit muka setiap dari kita sebenarnya ada banyak jenis bergantung pada hormon dalaman kita? Sebagai contoh, kulit muka A takkan sama dengan kulit muka B. Mungkin kulit A gunakan produk penjagaan wajah ABC, kulit muka elok. Tapi, tidak bagi B. Mungkin selepas memakai produk yang sama, kulit muka menjadi lebih teruk. Jadi, harini Cik Kay nak share cara-cara mencuci muka yang betul untuk untuk orang yang memiliki kulit kering, berjeragat atau kulit normal.
Untuk anda yang mempunyai kulit seperti di atas, digalakkan untuk anda mencuci muka bawah 1 minit atau maximum 1 minit saja. Tak perlu cuci muka lama-lama.
💞 Ratakan pencuci muka ke bahagian dahi dan urut kawasan dahi selama 20 saat dalam urutan membulat.
💞 Kemudian, dari dahi anda ratakan pencuci muka ke bahagian hidung dan dagu. Urut selama 20 saat juga dalam urutan membulat.
💞 Kemudian, ratakan pada kawasan kedua-dua pipi anda dan urut selama 10 saat. Cuci dalam posisi jari menolak ke atas & membulat.
💞 10 saat lagi urut dan ratakan semula pencuci muka pada bahagian dahu dengan cara meletak dagu di antara 2 celah jari dan urut naik ke atas (iaitu ke bahagian tepi rahang).
💞 Kemudian, terus bilas muka anda dengan air bersih.
P/S : Cara mencuci muka ini hanya untuk org yang berkulit kering, jeragat & kulit normal. Kulit yang berminyak & berjerawat sangat tidak digalakkan utk mencuba cara ini.
STOKIS
AKIN ASSUFI
014-2366915
"Jom Sihat & Cantik Bersama"
Sign up here with your email
Tuan/Puan/Cik,
Selamat Datang kami ucapkan kerana sudi singgah ke blog kami.
Jemput tinggalkan komen dan pandangan kalian.
Terima kasih.
(Admin) ConversionConversion EmoticonEmoticon